Mawaddah hidap penyakit jarang jumpa

MAS AHMAH JONID begitu teruja bercerita mengenai anak perempuannya, Mawaddah A. Khalil. Begitulah naluri seorang ibu yang sentiasa bangga dengan cahaya matanya di sebalik berdepan dengan pelbagai kesukaran hidup.

Anak keduanya dari dua beradik itu menghidap sejenis penyakit kulit congenital lamellar icthyosis (LI) sejak lahir. Antara simptom-simptom LI yang kelihatan pada gadis berusia 21 tahun itu ialah kulit yang kering melampau, kasar dan bersisik.

Mas Ahmah, 50, berkata, anak perempuannya itu semakin tabah menerima keadaan dirinya dan sentiasa bersemangat tinggi. Anak sulung beliau, Ibrahim Adham, 22, bagaimanapun tidak mempunyai sebarang komplikasi penyakit.

“Kita yang kononnya normal ini selalu merungut, susah nak bersyukur dan tidak pernah rasa cukup, walaupun sudah cantik tapi nak lagi cantik.

Read more at utusan

Recent Post