Penghidup wajah

Petaling Jaya: “Mungkin hanya segelintir orang kurang upaya (OKU) yang bekerja sebagai jurusolek di sini (Malaysia) namun kerjaya ini tidak asing lagi bagi masyarakat di luar negara.

“Malah, saya percaya ramai OKU di luar sana yang berbakat cuma kurang keyakinan untuk menunjukkan kebolehan dan diharap saya dapat memberi inspirasi kepada mereka yang berminat menceburi bidang ini,” kata wanita kerdil Aneem Aida Abdul Rahim, 24 yang aktif sebagai jurusolek sambilan sejak tahun lalu.

Aneem yang menghidap Achondroplasia Dwarfism menyebabkan pertumbuhannya terbantut dan ketinggiannya hanyalah 122 sentimeter (sm).

Namun, anak keenam daripada tujuh beradik itu tidak mahu kekurangan itu menghalangnya untuk membuktikan kemampuan diri dan disebabkan itu, dia mengambil inisiatif mempelajari teknik solekan bagi menguasai kemahiran berkenaan.

Read more at hmetro

Similar Posts

  • Perjuangan Adnin, Aqilah

    Tiada siapa menyangka di sebalik wajah ceria dan senyum manis dua beradik ini mereka sebenarnya menyembunyikan penyakit kronik yang boleh membawa maut sejak sepuluh tahun lalu. Adnin, 18, dan Aqilah…

  • RM50 juta tak cukup

    KERAJAAN Kelantan menyifatkan peruntukan RM50 juta kepada sekolah tahfiz yang diumumkan menerusi Belanjawan 2019, masih tidak mencukupi. Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, walaupun angka berkenaan dilihat…

  • Tulang rapuh bukan halangan

    PADA satu majlis yang dihadiri baru-baru ini, mata terpandang pada satu susuk tubuh kecil yang duduk di atas kerusi roda. Sekali imbas, nampak seperti seorang kanak-kanak tetapi apabila diperhati lama…